Memorandum Bantahan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

By

min read

MEMORANDUM BANTAHAN

kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas kegagalan mendakwa pegawai polis pengiring VVIP kerabat diraja yang terlibat dalam insiden kekerasan jenayah terhadap Ong Ing Keong

5 September 2024

Pada 28.5.2024, Ong Ing Keong, seorang individu pekak yang bekerja sebagai pemandu e-hailing sedang mengambil penumpang di sebuah hotel di Kuala Lumpur, telah diserang dan ditumbuk oleh seorang pegawai polis pengiring kepada VVIP kerabat diraja.

Setelah Ong membuat laporan polis berkenaan insiden ini, seorang individu yang mendakwa dirinya seorang “wakil istana” telah hadir ke balai polis dan memaksa Ong Ing Keong untuk membuat laporan polis lanjutan supaya siasatan tidak diteruskan.

Ini merupakan intimidasi terhadap Ong dan cubaan untuk menutup kes jenayah secara tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Ong Ing Keong, bersama peguamnya dan badan bukan kerajaan Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation (DAWN) telah menuntut siasatan diteruskan agar keadilan dapat ditegakkan bagi kesakitan, kecederaan dan tekanan yang dialami oleh beliau dan juga untuk tindakan diambil terhadap pegawai-pegawai polis terlibat yang cuba untuk menutup siasatan tersebut.

Walaupun Ketua Polis Negara telah mengesahkan pada 5.6.2024 bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara, tiada apa-apa tindakan undang- undang telah diambil terhadap pegawai polis yang terlibat di dalam serangan terhadap Ong.

Memorandum yang diserahkan oleh DAWN kepada Peguam Negara pada 19.7.2024 menuntut penjelasan kegagalan pendakwaan turut telah tidak dihiraukan.

Video dashcam Ong, yang memaparkan insiden serangan tersebut dengan jelas telah pun diserahkan kepada pihak polis, dan oleh itu tidak ada apa-apa sebab kenapa pendakwaan tidak boleh dibawa terhadap pegawai polis yang terlibat dalam serangan tersebut serta mana-mana pihak lain yang terlibat.

Pada 14.8.2024, suatu sidang media telah diadakan yang mendedahkan video dashcam tersebut kepada umum. Ketua Polis Negara kemudiannya mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dihantar semula ke pihak Kamar Peguam Negara pada 27.7.2024 selepas siasatan lanjutan. Akan tetapi, masih tiada tindakan pendakwaan dibuat terhadap mana- mana pihak

Kegagalan mendakwa individu-individu yang terlibat di dalam kes ini telah menjatuhkan keyakinan terhadap sistem keadilan negara kita. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada undang-undang di Malaysia dilaksankan secara adil dan selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Oleh yang demikian, badan-badan serta individu-individu yang disenaraikan di bawah menuntut seperti berikut:

  1. Penjelasan daripada Perdana Menteri berkenaan kegagalan mengambil sebarang tindakan terhadap pegawai polis yang menumbuk Ong Ing Keong dan mana-mana pihak lain yang terlibat.
  2. Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Inkuiri untuk menyiasat kegagalan ketara pengendalian siasatan kes Ong Ing Keong.
  3. Penjelasan mengapa Peguam Negara gagal mengambil apa-apa tindakan sehingga kini.
  4. Siasatan terhadap pegawai-pegawai polis yang terlibat, termasuk individu yang mengaku sebagai “wakil istana”, yang memaksa Ong Ing Keong untuk membuat laporan polis lanjut untuk menutup siasatan
  5. Pendakwaan dibuat terhadap pegawai polis pengiring kepada VVIP kerabat diraja yang telah menumbuk Ong Ing Keong dan mana-mana anggota atau individu lain yang terlibat.

Memorandum ini disokong oleh:

Organisasi

  1. Lawyers for Liberty (LFL)
  2. Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation (DAWN)
  3. Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (SIUMAN)
  4. Autism Inclusiveness Direct Action Group (AIDA)
  5. Pusat Majudiri Y for the Deaf, YMCA
  6. Persatuan Perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak
  7. The OKU Rights Matter Project
  8. RC Deaf Missions Malaysia
  9. Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang
  10. Rakan Representive Grab Pekak
  11. Pertubuhan Pengajar Bahasa Isyarat Malaysia (NowBIM)
  12. Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association
  13. Rakan Representive Community for Klang Valley Deaf Driver Partner
  14. Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia
  15. UMI, Dementia Care and Support Resource Center
  16. Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia
  17. Persatuan OKU Sentral
  18. HAYAT
  19. Liga Rakyat Demokratik (LRD)
  20. Malaysian Action For Justice And Unity (MAJU)
  21. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
  22. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)
  23. All Women’s Action Society (AWAM)
  24. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  25. Justice for Sisters
  26. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  27. Pemuda Sosialis
  28. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  29. Aliran
  30. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  31. Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI)
  32. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  33. Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
  34. Klink Lunaria
  35. Culture Centre of the Deaf
  36. KL Sel Eko Enzim Station

Individu

  1. Shawn Sharif, Patient Advocate
  2. Hasbeemputra Abu Bakar, Disabled Disability Advocate
  3. Haymasuthan, Deaf, Selangor
  4. Albert Wong Tuong Chui, Deaf, Sarawak
  5. Chan Shiu Sum, Kuala Lumpur
  6. Hafiz Siraj, Deaf and wheelchair user
  7. Sim Lai Yee, Deaf, Kuala Lumpur
  8. Christophe Chow Yong Zhi, Selangor
  9. Aaron Lim, Pekak, Kuala Lumpur
  10. Nurul Amira binti Ahmad Mahmud, Pekak, Perak
  11. Hii King Ching
  12. Lee Nyook Loong, Deaf, Selangor
  13. Kimberly Ngo, Deaf, Selangor
  14. Chea Chan Hooi
  15. Jennifer Ng, Deaf, Selangor
  16. Aminah binti Abdul Rajak, Sarawak
  17. Ho Seng Fatt
  18. Sang York See, Deaf, Petaling Jaya
  19. Daviddas a/l Ramadath
  20. Mutharasapan Lakshmanan, Deaf, Selangor
  21. Loo Shiok Ying, Pekak, Selangor
  22. Loo Shiok Leng, Deaf, Selangor
  23. Peter Tian Tze Luen, Deaf, Sabah
  24. Immanuel Chua Hong Wei, Deaf, Selangor
  25. Cheah Kean Wee, Deaf, Penang
  26. Goh Yi Wei, Deaf, Selangor
  27. Scullyna Roum
  28. Leong Tze Han, Deaf, Penang
  29. Ong Hwei Ling, Deaf, Kuala Lumpur
  30. Ho Koon Wei, Deaf, Kuala Lumpur
  31. Beatrice Anne, Deaf, Kuala Lumpur
  32. Puang Li Sing, Deaf, Sarawak
  33. Geraldine, Deaf, Negeri Sembilan
  34. Dexter Nuing Lyrym Anak Paong
  35. Annie Ong, Pekak, Selangor
  36. Akira Chua, Deaf, Kuala Lumpur
  37. Mick Chua, Deaf, Selangor
  38. Priya
  39. Muhammad Khairun Cuganathan, Deaf, Penang
  40. Harjit Kaur
  41. Moong Lee Peng
  42. Matthew Oswaldo Velazque
  43. Lee Siow Hua, Deaf, Kuala Lumpur
  44. Lim Kar Hin, Deaf, Pulau Pinang
  45. Azeana, Deaf, Kuala Lumpur
  46. Kevin Mak Wai Kim, Pekak, Selangor
  47. Casey How
  48. Prh Yen Geit
  49. Phoon Kok Wai, Grab Driver
  50. Lee Soon Khuen, Penang
  51. Leow Kian Keong, Deaf Grab Driver
  52. Jessica Mak Wei-E, Deaf, Subang Jaya
  53. Yeoh Shin
  54. Yeoh Soo Han
  55. Chan Kah Khong, Deaf, Pulau Pinang
  56. Menachi, Deaf, Kedah
  57. Kow Yung Ching, Deaf, Pulau Pinang
  58. Ong Yen Fang, Deaf, Penang
  59. Celina Ee, Deaf, Perak
  60. Yong Hooi San, Deaf, Penang
  61. Teoh Boon Wah, Deaf, Penang
  62. Marzuki Ong bin Maliki Ong, Pekak, Selangor
  63. Choo Siew Cheong
  64. Low Lian
  65. Sara Tan Wai Yee, Deaf, Selangor
  66. Irving Tan
  67. Lee June Tee
  68. Goh Chin Keong, Deaf, Penang
  69. Gejaletchumi Murugaya, Deaf, KL
  70. Ooi Say Bee, OKU Deaf, Penang
  71. Kevin Chuah Chia Yuinn, Deaf, Penang
  72. Xharene Ong
  73. Billy Chew, Deaf, Selangor
  74. Ch’ng Hong San, Deaf, Selangor
  75. Beh Hock Soon, Deaf, Penang
  76. Tan Kwok Jooi, Deaf, KL
  77. Jeannie Low, Selangor
  78. Koo Wee Hon
  79. Syazwani Azri binti Sabarudin, Deaf, Melaka
  80. Chew Chin Lim Deaf Kuala Lumpur Grab driver deaf KV Malaysia
  81. Wilson Ang
  82. Lai Siek Khoon, Deaf, Kuala Lumpur
  83. Farid bin Mahmud, Pekak, Kuala Lumpur
  84. Lim Chin Chin
  85. Benny Choo
  86. Teh Cheang Hock
  87. Fatimah Raiyeesha
  88. Hoon Yee Wern, Deaf, Pulau Pinang
  89. Lim Beng Seong, Deaf, Penang
  90. Chuah Shyang Chyi, Deaf, Penang
  91. Wong Mei Yong, Deaf, Selangor
  92. Tengku Nur Carmeela, Deaf, Selangor
  93. Lim Cheng Eem
  94. Teoh Chia Ling
  95. Sem Bin Kulian
  96. Wang Wan Joo, Pekak, Selangor
  97. Candice Lam
  98. Chong Yun Min
  99. Asmak Asaari
  100. Wong Fee Lin
  101. Esther CK, Pekak, KL
  102. RR Kanagarajah
  103. Nithiyah, KL
  104. Azizah binti Saari
  105. Joey Lau, Deaf, Penang
  106. Ika Sharif, Malaysia
  107. Shannon Wong
  108. Evelyn Lim
  109. Nur Malihah Chai Abdullah
  110. Geh Lip Su, Deaf, Kuala Lumpur
  111. Nur Malihah Chai Abdullah, Sarawak
  112. Mah Jie Ying
  113. Terence Miranda
  114. Siti Rahmah Cheng Lee Kim, Deaf, Melaka.
  115. Deborah Yaw
  116. Angela Wong, Deaf, Johor
  117. Ck yap
  118. Adriel Sim-Yii
  119. Charissa Ho, Selangor
  120. Suy Boon Hong, YMCA Kuala Lumpur
  121. Chen Fan Jie
  122. Thayanee
  123. Lo Yee Nan, Deaf, Selangor
  124. Tang Wooi Teng / Deaf / Ipoh
  125. Shabana
  126. Ng Lai-Thin, Dementia care partner, Member of The OKU Rights Matter Project
  127. Yap Sook Yee, Children with disability advocate
  128. Dr Leong Han Ming (Daniel), autistic advocate
  129. Calysta Tay, BIM Interpreter, JUPEBIM
  130. Dato’ Dr Amar-Singh HSS, Consultant Paediatrician, Child-Disability Activist
  131. Wan Puspa Melati, Assoc Prof of Sociology & The Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association, Kuala Lumpur
  132. Anit Kaur Randhawa, Advocate & Solicitor, Co Chair Bar Council Adhoc Committee on PWD
  133. Yuenwah San, dementia care partner
  134. Parveen Kaur, OKU
  135. Izyan Nadiah Md Noh, PWD and inclusion Advocate
  136. Anne Donohoe
  137. Ai-Na Khor, Asia Community Service
  138. Shakeel Fuad, 4th year MBBS student (international), SEGi University
  139. Kamariah Rahmah, lawyer and OKU ally.
  140. Joan Sim Jo Jo, Hearing, Sarawak
  141. Abby Tan, hearing, Kuala Lumpur
  142. Tan Wei Phing, hearing, Selangor
  143. Wan Afifi Zawawie bin Wan Zakaria
  144. Lily Goh, Deaf, Singapore
  145. Sibaji Panda, Happy Hands School for the Deaf, India
  146. James Ho, Hearing, Kuala Lumpur
  147. Chong Chan-Yau, Blind veteran Hong Kong disability rights activist
  148. Sarah Aiman, hearing, Kuala Lumpur
  149. Senator (B) Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi, Persatuan OKU Sentral

Additions after the submission deadline

  1. Mohd Rosli bin Sidik
  2. Richard Lee
  3. Jerry Chua, Pekak, KL
  4. Tan Kim Beng
  5. Cheng Hwa Ensor
  6. Sya A., Autistic Disability Advocate, Malaysia
  7. School of Management and Social Sciences (SoMaSS)/Han Jer Deng Enterprise
  8. Persatuan Kebajikan & Sosial Aspirasi 1Malaysia

By

Translate »
Skip to content