Isu-Isu Orang Pekak Malaysia melibatkan di bawah Seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Jadikan Hak Satu Kenyataan
- TUJUAN MEMORANDUM
Tujuan memorandum ini adalah untuk memohon perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya membantu meningkatkan taraf hidup dan hak komuniti Pekak dalam aspek jurubahasa isyarat Malaysia, media, pekerjaan, pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan, dan Bahasa Isyarat Malaysia.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 PENGENALAN HARAPAN PEKAK
Harapan pekak diwujudkan selepas mendapat ilham daripada peristiwa pakatan harapan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke-14. Harapan pekak ialah kumpulan tidak rasmi yang berperanan memperjuangkan hak asas orang pekak dan seterusnya meningkatkan taraf hidup orang pekak pada masa hadapan. Idea harapan pekak dilakukan pada 16 julai 2018.
2.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPUKUL OLEH HARAPAN PEKAK
Harapan Pekak memberikan ruang bagi komuniti Pekak di seluruh Malaysia yang menyuarakan isu-isu dan masalah yang dihadapi. Kewujudan kerjasama bersepadu dalam kalangan persatuan-persatuan Orang Pekak adalah untuk memperjuangkan hak asasi dan membina masa depan komuniti Pekak yang cerah.
2.3 KOMUNITI PEKAK DAN FAEDAH DIPEROLEHI
Ketika ini Harapan Pekak adalah komuniti Pekak akan membentuk 34% daripada populasi negara dan banyak isu perlu ditangani segera dalam semua sektor seperti media massa, kemudahan awam, pengangkutan, pendidikan, pekerjaan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan mesra Pekak. Matlamat ini memperjuangkan kesamarataan hak Orang Pekak yang belum dapat dicapai di Malaysia seperti sari kata TV hiburan berbahasa Melayu, ketiadaan sistem penyampaian mesej kecemasan dan notis perubahan mesra orang pekak, penyediaan khidmat Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM) dalam saluran berita TV, hospital, mahkamah dan banyak lagi.
3.0 ISU, SEBAB DAN CADANGAN PENYELESAIAN OLEH HARAPAN PEKAK KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MALAYSIA BAGI MENINGKATKAN WARGA PEKAK MALAYSIA ADALAH SEPERTI BERIKUT DI BAWAH :
BIL | ISU | SEBAB | CADANGAN PENYELESAIAN |
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) | |||
1.0 | BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM) | ||
1.1 | Status dan martabat Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahasa sebenar (real language) sering tercabar dan dipandang remeh. | BIM disisihkan dan kurang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan untuk untuk pelajar-pelajar Pekak. Kekurangan kesedaran di kalangan pihak berwajib dan masyarakat umum tentang status bahasa isyarat sebagai bahasa bangsa/etnik. | Dicadangkan Akta BIM diwujudkan untuk memperkasakan martabat BIM dalam semua sektor kerajaan dan swasta. Merujuk kepada sebilangan negara yang telah mempunyai akta bahasa isyarat seperti New Zealand dan Filipina. |
2.0 | PENDIDIKAN | ||
2.1 | Kemasukan dan penempatan guru bukan pendidikan khas) ke Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Pekak (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). | Pada setiap tahun guru yang memohon perpindahan atau bertukar ke sekolah didapati tidak mempunyai pengalaman mengajar murid Pekak apabila ditempatkan di sekolah-sekolah Pendidikan Khas Pekak (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sebagai akibatnya, kebanyakan murid Pekak ketinggalan dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru yang tidak mempunyai asas kemahiran bahasa isyarat (BIM). | Guru-guru bukan opsyen Pendidikan Khas yang bercadang bertukar ke sekolah Pekak diwajibkan mempunyai kemahiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebelum diluluskan pertukaran. |
2.2 | Masalah pensyarah di IPT tidak tahu berbahasa isyarat di kelas dan kuliah yang diikuti oleh pelajar Pekak. | Pelajar Pekak mengalami kesulitan untuk mengikuti kelas dan kuliah kendalian pensyarah yang tiada kemahiran bahasa isyarat. Akibatnya mereka gagal mencapai tahap baik dalam peperiksaan, tugasan dan projek. | Mewajibkan pesyarah menguasai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) atau menyediakan khidmat jurubahasa isyarat Malaysia profesional untuk setiap kuliah. |
2.3 | Kelayakan jawatan Guru Pendidikan Khas untuk orang Pekak | Pelbagai syarat semakin diketatkan sehingga merumitkan permohonan orang Pekak yang berjaya untuk mengikuti latihan perguruan dan menjadi guru Pekak. | Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah memberikan kelonggaran kepada golongan orang Pekak untuk memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan IPTA yang menawarkan program pengajian Pendidikan Khas. Dicadangkan ketetapan syarat-syarat khas mengikut kesesuaian bagi kategori orang Pekak. Kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah hendaklah sekurang-kurangnya gred B. Seseorang Pekak yang berminat menjadi guru pendidikan khas digalakkan memohon tanpa mengambil kira bidang pengajian yang diambil. Contohnya pelajar Pekak yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang bukan pendidikan berminat memohon menjadi guru pendidikan khas dan diberikan latihan perguruan khas. |
2.4 | Kekurangan kesedaran dan ketiadaan pengetahuan tentang Budaya Pekak (Deaf Culture) dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. | I. Kebanyakan guru pendidikan khas kurang didedahkan kepada Budaya Pekak termasuk identiti, bahasa, sejarah dan sebagainya. | Silibus kursus patut dipinda supaya menyampaikan pengetahuan tentang budaya Pekak kepada para mahasiswa atau guru pendidikan khas. |
2.5 | Guru-guru kurang atau tidak fasih berbahasa isyarat. | Guru-guru baru bukan pendidikan khas yang tidak mempelajari bahasa isyarat secara serius dan memahami budaya Pekak. | Kursus bahasa isyarat patut dikendalikan oleh fasilitator Pekak supaya pengetahuan tentang budaya Pekak dan bahasa isyarat dapat disampaikan secara jelas. |
KEMENTERIAN SUMBER MALAYSIA (KSM) | |||
3.0 | PERKERJAAN | ||
3.1 | Diskriminasi golongan orang Pekak di tempat kerja. | Layanan dan hak yang saksama seperti orang biasa perlu diberikan kepada golongan orang Pekak. Ramai orang Pekak yang tiada hala tuju dalam kehidupan,sebab ketiadaan panduan yang betul. | Gaji patut diberikan kepada pekerja Pekak adalah sama seperti gaji diterima oleh pekerja bukan Pekak. Majikan dilarang memotong kadar gaji kepada pekerja Pekak atas alasan kecacatan walaupun kedua-dua pekerja Pekak dan bukan Pekak yang menjawat jawatan sama dan tahap pendidikan sama. – Perlu semak akta sedia ada. Kaji cadangan gugur OKU dalam borang kerjaya. |
SEMUA KEMENTERIAN | |||
4.0 | PERKHIDMATAN PELANGGAN | ||
4.1 | Pengumuman nombor giliran di hospital, klinik, bank, jabatan dan sebagainya. | Orang Pekak tidak mampu mendengar bunyi panggilan tentang nombor giliran. Kakitangan awam dan swasta jarang memahami kesusahan orang Pekak mengetahui nombor giliran kalau mesin notis nombor giliran rosak atau ketiadaan mesin notis nombor giliran. | Mengingatkan semua kakitangan awam dan swasta agar berkhidmat dengan baik untuk orang Pekak seperti memanggil dengan isyarat tangan kalau nombor giliran tiba. |
4.2 | Masalah Pekak kurang memahami dalam komunikasi bila perlu bincang dengan Doktor, Jururawat dan Polis. | Sebahagian orang Pekak yang lemah dalam bahasa dan masalah komunikasi yang melibatkan penulisan. Kegagalan memahami perkataan tertentu yang menyukarkan komunikasi antara orang Pekak dengan jururawat, doktor dan polis. | Doktor atau jururawat belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang Pekak. Polis belajar bahasa isyarat supaya dapat menulis laporan polis dengan mudah berdasarkan keterangan orang Pekak. |
JABATAN PERDANA MALAYSIA (JPM) | |||
5.0 | JURUBAHASA ISYARAT MALAYSIA (JBIM) | ||
5.1 | Kekurangan tenaga Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM) | Khidmat Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM) adalah berkurangan dan tidak mencukupi untuk keperluan warga Pekak di seluruh negara. | Mewujudkan skim perkhidmatan baharu bagi jawatan JBIM di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mewujudkan kursus dan persijilan jurubahasa isyarat Malaysia (JBIM) yang diiktiraf dan latihan menterjemah bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Tamil ke BIM. Memperuntukkan bantuan subsidi untuk khidmat jurubahasa isyarat Malaysia supaya khidmat jurubahasa isyarat Malaysia (JBIM) adalah percuma untuk komuniti orang Pekak. Menggalakkan pengambilan JBIM yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pendidikan misalnya ada pengetahuan bahasa lain dan berpendidikan yang tinggi, misalnya legal, medicine. |
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) | |||
6.0 | MEDIA | ||
6.1 | Tiada sari kata siaran langsung untuk TV dan mesej berimej / berteks untuk radio. | Sesetengah program TV ketiadaan sari kata seperti siaran langsung berita dan program hiburan berbahasa Melayu. | Buka peluang untuk orang bukan Pekak supaya bekerja sebagai penaip sarikata dalam siaran langsung (live) dalam semua bidang. Boleh merujuk kepada istilah ‘C-Print’ dan ‘Captionist’ serta ‘ Closed Caption’. Kerajaan mewujudkan SOP (atau polisi) untuk mewajibkan stesen radio bekerjasama dengan stesen telekomunikaasi untuk hebahan sewaktu bencana dan kes darurat Kerajaan mewajibkan Stesen TV menyisipkan sari kata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam program hiburan TV, filem dan berita dalam bahasa kebangsaan supaya keperluan Orang Pekak dapat dipenuhi. Semua rancangan berita TV (secara live semasa kecemasan, pengumuman khas Kerajaan atau peristiwa berkepentingan tinggi) mesti menyediakan jurubahasa isyarat supaya dapat menyampaikan maklumat mutakhir, terkini dan sahih. |
6.2 | Kesusahan memperoleh berita atau notis pengumuman seperti notis kecemasan, pembatalan atau perubahan di jalan raya, lapangan terbang dan stesen kereta api serta stesen tren seperti LRT dan MRT. | Pengumuman notis di stesen bas, LRT, MRT dan lapangan terbang adalah sangat penting bagi Orang Pekak untuk mengetahui berita dan mempelajari bahasa serta menikmati keseronokan hiburan semasa perjalanan atau menunggu. | Penggunaan sistem trafik ITIS wajib digunakan secara maksimum dan diluaskan ke Bandar-bandar di seluruh Negara untuk membolehkan orang awam termasuk pemandu mengetahui berita tentang kemalangan atau penutupan jalan lebih awal. Pembinaan sistem trafik ITIS (Integrated Transport Information System) juga harus dilakukan di setiap tempat di seluruh Negara. Semua terminal pengangkutan awam seperti bas, transit rel, feri dan kapal terbang yang diwajibkan menyediakan notis pemberitahuan digital bagi memastikan pengguna Pekak mengetahui situasi terbaru seperti masalah teknikal. Sediakan teks pengumuman maklumat terkini dan kecemasan di setiap lapangan terbang. |
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA | |||
7.0 | PENGANGKUTAN | ||
7.1 | Pembelian tiket pengangkutan seperti bas, kereta api, feri dan kapal terbang. | Orang Pekak terpaksa pergi ke kaunter untuk membeli tiket pada harga OKU walaupun mereka sibuk dengan urusan atau mempunyai masa terhad | Sediakan harga OKU dalam web atau aplikasi untuk pembelian tiket dalam talian. Menggunakan nombor pendaftaran OKU atau memeriksa kad OKU semasa pemeriksaan tiket secara bersemuka. |
4.0 PENUTUP
Harapan pekak memohon pihak kerajaan agar memberikan perhatian serius terhadap isu-isu komuniti pekak dan mengambil tindakan sewajarnya bagi isu-isu tersebut. Diharap supaya isu-isu yang membelenggu komuniti pekak sekian lama yang akan diselesaikan secepat mungkin.
Sekian, Terima kasih.
Disediakan dan dikemaskinikan oleh: Mutharasapan a/l Lakshmanan, Pengerusi Harapan Pekak
Tarikh: 1 Julai 2021